Quantcast
Channel: It's All About Love
Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Philips Perfectcare Steam Generator Iron - Seterika Philips Untuk Ibu-ibu yang Sibuk

$
0
0
Kerja-kerja meng'iron' baju adalah salah satu kerja rumah yang banyak mengambil masa saya dan yang paling saya tak suka. Terutama sekali bila kena iron seluar yang tebal yang susah nak hilang kedutannya. Berpeluh-peluh macam jogging 2km la kalau mengiron baju saya dan suami untuk 2-3 hari. Tapi biasanya kerja meng'iron' saya buat setiap hari. Nak pakai esok. hari ni baru iron.
Saya tak pernah tahu tentang kewujudan seterika jenis steam generator. Bila sebut tentang seterika wap atau steam iron saya cuma bayangkan seterika sebegini.
steam iron
Saya tak minat langsung seterika steam macam gambar kat atas ni sebab kena isi air berulang-ulang kali. Potong mood nak mengiron gitu. So, saya prefer dry iron. Seterika jenis biasa je. Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca status Facebook kawan saya tentang steam generator iron.
philips steam generator iron
Lepas baca je status Facebook kawan saya ni terus saya google pasal steam generator iron. Selepas buat study sana sini, baca artikel, baca review dari blog, tengok video, akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli steam generator iron tersebut.
Lama juga ambil masa nak cari kedai yang jual steam generator iron jenama Philips. Hampir kesemua kedai elektrik di kawasan utara ni tak jual steam generator iron. Kedai-kedai elektrik besar seperti Sen Heng dan Sen Q pun tak jual steam generator iron ni apatah lagi kedai-kedai elektrik kecil lagi la tak jual. 
Akhirnya saya dapat info Harvey Norman jual steam generator iron ini. Jenama Philips juga tapi model lain. Di Harvey Norman juga ada steam generator iron jenama Tefal. KLIK SINI untuk tengok jenama dan model steam generator iron yang ada di Harvey Norman.
Saya memilih model GC9240. Sebab saya puas hati sangat tengok ciri-ciri steam generator iron ni. Tank airnya adalah detachable. Jadi senang nak isi air dan buang air. Satu lagi ciri yang saya suka sangat tentang model ini, kita tak perlus adjust suhu. Memang takde button bulat untuk adjust suhu. Hal ini disebabkan iron ini mempunyai teknologi OptimalTemp yang membolehkan kita meng'iron' apa jua jenis kain tanpa perlu mengubah suhu.

Philips Perfectcare Steam Generator Iron

Ciri-ciri Philips Perfectcare Steam Generator Iron


Jom kita tengok video Philips Perfectcare Steam Generator Iron




Korang juga  boleh tengok video di LINK INI untuk melihat sendiri bagaimana terciptanya iron ini hasil idea dari engineer dan warga kerja Philips. Menarik sangat.

Cerita banyak-banyak mesti nak tau harga kan. Harga pasaran untuk Philips Perfectcare Steam Generator Iron ini adalah RM1699. Tapi harga Philips Perfectcare Steam Generator Iron ini di Harvery Norman adalah RM 1599. Dengan harga RM1599 ini bukan saja dapat iron tau, korang akan dapat free iron board. Bukan iron board biasa tapi iron board yang besar dan lebar yang sememangnya sangat sesuai untuk meletak Philips Perfectcare Steam Generator Iron ini.

Hampir sebulan saya menggunakan iron ini, saya memang sangat-sangat berpuas hati. Memang berbaloi sangat beli sebab kerja meng'iron' saya menjadi lebih mudah, cepat dan tidak lagi memenatkan. Dah tak stress lagi kalau hal nak meng'iron baju. Jimat masa dan tenaga.  Kedut cepat sangat hilang tau. Saya pernah mengiron sepasang baju sambil menyusukan anak (sambil berdiri tau tanpa babywearing). Anak saya 5kg. Tak sampai 5 minit iron sepasang baju. Sebab saya hanya perlu iron satu side je.

Kepada ibu yang bekerja atau mereka yang mempunyai keluarga yang besar, saya sangat syorkan korang beli iron ni. Memang mahal sikit. Tapi berbaloi sangat tau.

Jadi yang nak masuk iron ni dalam wishlist tahun 2014 ni tak? :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


Libros para colorear


Mandalas de flores para colorear


Dibujos para colorear de perros


Renos para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


RE: Mutton Pies (mely)


Ang Nobela sa “From Darna to ZsaZsa Zaturnnah: Desire and Fantasy, Essays on...


Amarula African Gin


Pangarap Quotes


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Girasoles para colorear


Sapos para colorear


Vacas para colorear


Dromedario para colorear


Love Quotes Tagalog


Mga Tala sa “Unang Siglo ng Nobela sa Filipinas” (2009) ni Virgilio S. Almario


El Vibora (1971) by Francisco V. Coching and Federico C. Javinal


Version 0.8.5 – Peb txhawb tus Lao heev





Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC